Rabu, 26 Januari 2011

emm..ak tengah pening untk memilih u mn yg sesuai dgn results ak yg teruk niey..6 universiti yg tertua iaitu um,uia,upsi,usm,utm,upm awal2 lgi ak dah tolak..skrg dlm kepala just ums,uum,uitm..mula2 ak mls nk pikir lgi psl u niey coz nk tunggu results lu..tp cg liana srh isi lalu upu..2 yg tgh pening giler kepala niey..emm..ak berserah jew pda ALLAH...

Isnin, 24 Januari 2011


:)
Prinsip : Keimanan & Ketakwaan kepada Ilahi

Apabila syariat Islam sudah mula dipraktikkan, menjadi tanda tanya di kalangan para remaja bagaimana seharusnya mereka lakukan terhadap pasangan masing-masing. Apakah diputuskan sahaja hubungan yang sudah terjalin? Atau kalau diteruskan bagaimana pula dengan hukuman Tuhan nanti?

Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.

Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.

Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.

Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.

Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap. Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.

Rabu, 19 Januari 2011

Mengurat dan Bercinta menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk
berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.

Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Jumaat, 7 Januari 2011

Kata-kata mutiara tentang cinta

Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka
Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.
Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)
Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.
Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)
Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib
Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
A’idh Al-Qorni
Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh islam yang semoga bisa kita ambil hikmahnya. Semoga Allah memudahkan saya untuk menambah koleksi ini dan memberikan manfaat kepada pembacanya.

Isnin, 3 Januari 2011

just read :)

Semua orang petah berbicara mengenai cinta,tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati,carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.

Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah (Riwayat Ahmad)

Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,otak mengawalnya.Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup,nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya.Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka.

Untuk saling memahami,seseorang perlu meluahkan rasa hati.Silapnya,kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa,fikiran,perasaan,tingkah laku,hasrat dan keputusan antara mereka.Keputusan sepakat membawa berkat.

Pasangan yang tidak ada rasa sepakat,tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan.Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif.Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami.

Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan.Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,kerana mereka lebih suka memendam rasa.

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang,akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya.Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.

Pasangan yang selalu hendak menang,pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis.Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi.Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas,berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah,itu adalah sebaik-baik pengharapan.

Cintailah siapa yang kamu cintai,tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya,tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya

Sabtu, 1 Januari 2011

ak kembali...

well dah lame ak x tulis blog..ekpun busy jew mnjang..ha5...thn bru sdh menjelma so kne la pasang niat dan azam yg bru...bnyk btul azam ak thn niey...x terbilang rasenyer..ha6

selamat tahun baru kepada semua teman2 ku