Selasa, 29 Mei 2012

wanita solehah vs wanita fasik

Jatuh cinta, perbezaan perempuan fasik dan perempuan solehah

Allah SWT berfirman : أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا ۚ لَا يَسْتَوُونَ 'Apakah sama orang-orang yang beriman itu dengan orang-orang yang fasik? Mereka tidaklah sama.' [As-Sajdah:18] Fasik bermaksud orang yang suka melanggar perintah Allah SWT secara berterusan. 

Perempuan yang fasik akan jatuh cinta kepada lelaki yang ...kacak, lelaki yang pandai mengurat dan memikat dirinya. Ada pula sebahagiannya suka lelaki yang pandai berjenaka, kelakar dan ada ciri-ciri 'humor' serta pandai melayan dan selalu membuatnya gembira. Ada pula perempuan yang suka lelaki yang pandai memuji dan bermain bahasa lagi puitis, bersajak dan bersastera. Biasanya penampilan lelaki yang disukai ialah jenis ranggi, lelaki yang 'update' dengan fesyen semasa dan bergaya maskulin serta kelihatan 'macho'. 

Manakala perempuan yang beriman, mereka akan jatuh cinta kepada lelaki yang berusaha menjaga diri dari perkara yang haram, lelaki yang berjuang untuk agama, lelaki yang taat kepada Allah dan Rasul, lelaki yang mengikut sunnah dan lelaki yang berjihad di jalan Allah SWT. Mereka suka lelaki yang berpenampilan seperti berjanggut, lelaki yang berpakaian sopan dan beradab, lelaki yang berakhlak serta berwawasan untuk Islam. Semakin lelaki itu tawadhuk dan tegas terhadap syariat Allah semakin disukai oleh mereka.

Rabu, 16 Mei 2012

heart

Jangan lemah dlm mengawal hati & perasaan.Sekali kita lemah,kita akan tersungkur dan mungkin akan tersesat jauh. Jagalah hati kerana Allah ♥

tapi kalau dah lemah and x dpt nak kawal juga :) Solat ,Berzikir dan Baca Al-Quran :D carilah ketenangan dan renungkan2 kembali dan carilah jalan yang benar :D muhasabah diri

Sabtu, 5 Mei 2012

Cintailah Manusia, Tetapi Jangan Lupa Mencintai Penciptanya. ^_^

Cinta adalah perasaan fitrah yang terbit di dalam hati manusia. Ianya hadir tanpa diundang, datang tanpa dijemput dan tanpa khabar berita. 

Apabila engkau mencintai seseorang janganlah engkau lupa untuk mencintai Tuhan yang menciptakannya, kerana tanpa kehendak dan kekuasaan-Nya engkau pasti tidak akan dapat bertemu dan mencintai orang yang engkau cintai itu. Bahkan, mencintai Tuhan yang mencipta itulah yang lebih utama.

Mencintai dan dicintai manusia itu sememangnya indah, tetapi cinta kepada Allah Subhnahu wa Ta'ala itu lebih indah daripada segalanya.

Dari Anas radiallahu ‘anh, katanya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

“Tiga perkara barang siapa yang memilikinya, maka ia akan dapat merasai manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, dan mencintai orang lain hanya karena Allah, dan tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api (neraka).” [Hadis riwayat Muslim]

Khamis, 3 Mei 2012

sekadar renungan

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."