Jumaat, 30 Mac 2012

dari sudut htiku

>>ASSALAMUALAIKUM<<

ak tau x tau nk tulis apa sbb ak bkn minat sngt nk nulis eirrr...adop bndew nk cte sbb khdpn ak hnya di kolej.x dew apew yg best pun dgn khdpn ak..mcm biasew jew..

ak tringt blk,ayat mak saudara ak time wedding cousin ak.."Ada biler lgi??" ak tersentap dgn prsoalan tue...sbb ak msh x dew sapew2 yg special dlm khdpn ak..biler ak ckp ak SINGLE,diorg x percaya..huhuhu..ssh lar ak gniey..6ti cousin ak yg muda dr ak yg nk kawen..hr tue cousin yg sama baya dgn ak..huhuhu..confirm ak x nk blk..coz soalan yg biasew,diorg akn tnya..ak mls dah nk jwb..perlu ke ak pikir psl niey skrg??bukan muda lagi ke??

Selasa, 27 Mac 2012



♥♥♥ Aku Hanya Ingin CINTA yang HALAL ♥♥♥

Kita pernah "DISAKITI"
dan mungkin pernah "MENYAKITI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan..

:: Kita pernah "DITIPU"
dan mungkin pernah "MENIPU",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN..

:: ★ :: Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

:: ★ :: Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

"Semalam adalah sejarah, hari ini penentu realiti..& esok suatu yang misteri"

★ Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

★ JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil:
"Waktunya kita KEMBALI..."

Sabtu, 10 Mac 2012

Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.
Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.
Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

Khamis, 8 Mac 2012

Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT.....Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benarbersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap... jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Rabu, 7 Mac 2012

WANITA MUSLIMAH..

Sesungguhnya kejadianmu sungguh unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkar bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali unutk mendekatinya.

WANITA MUSLIMAH...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu, lebih-lebih dengan title gadis yang kau miliki, Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.

Namun ingatlah WANITA MUSLIMAH...
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti punya, azam, usaha dan istiqamah...

WANITA MUSLIMAH...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kamu tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahawa dirimu :
Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelai selain fitnah yang berpunca daripada wanita

Oleh itu WANITA MUSLIMAH...
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu unutk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan Ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunis dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai di antara kamu tewas kerana cinta....berbekalkan firman mulia ALLAH jadikan azimat mu wahai muslimah....Wahai org2 yg beriman, klu kamu membela (agama) Allah Nescaya Allah membela kamu (utk capai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu...

renung-renunglah...
Fikir-fikirlah...
Zikir-zikirlah...
HIDUP mesti diteruskan...
MATI tetap PASTI!!!
HIDUP insah allah...

♥ (^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL ♥

Selasa, 6 Mac 2012

Jiwa Sempit Tatkala Berpaling Daripada Allah

Bukan mudah mahu menjadi hamba yang sentiasa taat. Tidak terlalai dan terjebak dengan maksiat. Iman yang adakala naik dan adakala turun ini seringkali menjadikan manusia rebah dan tergelincir meskipun berulangkali memasang azam tekad untuk menjadi kuat.

Lumrah kelemahan itu tidak sewajarnya menjadikan kita merasa jemu apatah lagi berputus asa.
...
Lumrah itu sepatutnya menjadikan kita mahu menjadi terus kuat, kuat dan kuat.

Apa yang tercela daripada kelemahan tersebut adalah sikap mahu berputus asa dan berhenti dari bersangka baik denganAllah. Ini biasa berlaku dalam kehidupan manusia. Salah sekali, bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi. Kemudian terjebak sekali lagi, bertaubat lagi dan berazam lagi, namun kemudian terus terjadi dan terjadi.

Sampai satu peringkat, kita merasa tidak yakin lagi dengan diri sendiri. Kita mengira, kiranya kita bertaubat sekalipun, tentu kita akan mengulangi juga kesalahan tersebut. Maka kita bertangguh-tangguh untuk melakukan taubat.

Sebenarnya, di ketika yang sama, kita bukan sahaja tidak yakin dengan diri sendiri atau berkurang keyakinan kepada rahmat Allah, bahkan sebenarnya kita sedang diheret syaitan sedikit demi sedikit ke arah satu bentuk keselesaan. Ya, kita menjadi ‘selesa’ dengan kesalahan demi kesalahan, berpunca dari alasan pertama iaitu tangguhkan taubat.

Inilah suatu peringkat yang malang dalam kehidupan manusia.

Mereka kehilangan tempat bergantung dan tempat berharap. Walhal, Allah tidak pernah meninggalkan mereka.

Mereka merasakan diri mereka teruk dan paling dahsyat. Walhal, pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk mereka....

Isnin, 5 Mac 2012

SECEBIS KATA BERULAS NOKTAH:

Dalam kepayahan hati berbicara, Diri ini harus tabah dan bersedia, Menghadapi kemungkinan yang tiba, Kunjungnya kadangkala tiada diduga..biar ku rawat hati ku sendirian...

Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak ...kembali pada setiap kali jatuh dan terluka...luka jihad di jalan MU ..lebih ku cintai dari luka oler cinta makhluk MU..

Buat mu..
Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Insan di sisi mu,Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Dampingan mu Sebagai KekuaTan.KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka..HATI ku serahkan pada MU...

Cinta ALLAH Cinta Rasul NYA..

Ahad, 4 Mac 2012

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Me...ndengarkan akan jawaban itu, ...Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

Sabtu, 3 Mac 2012

Dalam kita melangkah…
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,
Hingga kita terduduk dan menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
Dan renungilah dalam diri..
Mungkin air mata tika itu hadir kerana..
Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,
Semoga tabah dan tetapkan iman…
Biarlah kita keseorangan,Tanpa berteman,
Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan,
Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah,
Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi,
Tanpa sepotong ayat,
Ayat suci AL-QURAN

Jumaat, 2 Mac 2012

ak x tau knp susah sngt nk jadi baik..cousin ak ckp,msg dgn lelaki tue x boleh kerna ianya mnghampiri zina..padahal,ak mmg tau semua tue..tp di sebabkan cngghya teknologi n fitrah manusia,ak pun lupa tntg hal tersebut..zaman skrg,ssh nk dpt pompuan yg btul2 jaga batas2 pergaulan..dan ak juga sama seperti pompuan2 yg lain..klu ak kaji blk n baca buku2 agama tntg batas2 pergaulan..mmg ak bnyk terpesong..kbnyakan org zaman skrg,cuma tau x leh sntuh dgn lelaki kerna ianya haram dan dapat dosa..padahal,tanpa diorg tahu..msg dgn lelaki n komen2 kat fb pun salah satu dosa kerna akn mnghampiri zina hati klu tak pndai jaga diri..jauh dalam hati ak,ingin mnjadi wanita yg btul2 mnggunakan ajaran Islam dalam mnnjalani khdpn skrg..tapi,apa kn daya..nk buat kbjikan sngt ssh dibandigkan dgn membuat kejahatan...insyaallah,suatu hari nanti...ak ingin betul2 mnjadi seorg muslmah sejati.. sekarang,aku dalam proses belajar n berubah kearah kbaikan..amin..

Khamis, 1 Mac 2012

semalaman ak pikir lps dgr mama eiyra nsht kt ak..
salah ke ak jauhkan diri dr dia??
hmmm..

soalan2 yg mama eiyra tnyer yg mebuatkan ak terdiam seribu bhasa..
-knp senang2 tolak org yg benar2 suka kat ak?
-nk cari org ganew lgi??
-knp ak mngharap dr org yg x mncintai ak??

ak jenis yg takut mgambil risiko..
takut kejadian yg sama berulang..
......