Selasa, 26 Jun 2012

sketsa zaman ini

‎"Awak janji tau, jangan sayangkan orang lain ye. Awak kena sayangkan kita je tau." Gadis itu beriya-riya mengharapkan kasih lelakinya.

"Ermmm." Teman lelakinya mengangguk perlahan. Dalam hatinya seperti ada sesuatu yang tersimpan.

"Awak janganlah risau, ada jodoh nanti, adalahkan?" Jawab teman lelaki acuh tak acuh.

"Tak kira, walau apapun terjadi, saya tetap sayangkan awak!" gadis itu menjawab..

Selang beberapa bulan, mereka terputus hubungan sebentar. Rupa-rupanya teman lelakinya sudah bertunang dengan gadis lain, dan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.

Si gadis itu tersentak mendengar khabar berita tersebut. Jantungnya bagai direnggut ganas. Jiwanya kosong. Jeda. Siang malam dia berendam airmata.

Sketsa seperti ini yang selalu terjadi dikalangan pemuda-pemudi sekarang. Bila bercinta bagai nak rak, segala harapan ditaburkan. Segala kelebihan diberikan. Namun akhirnya, ia hilang begitu sahaja. Hanya berteman airmata.

P/s : Elakkanlah bercinta dan menjalinkan hubungan pada sesuatu yang tidak pasti. Mahu kenal, biar ala-ala kadar sahaja, itupun jika kerana mahu berkahwin. Kalau tidak ada niat untuk berkahwin, HINDARKAN..

Sabtu, 16 Jun 2012

think before do it

ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.