Jumaat, 13 Julai 2012

hukum perkahwinan

Hukum perkahwinan ada 5

1) Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar dan mampu nafkah kepada bakal isterinya. 

2) Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

3) Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

4) Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

5) Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Apa yang saya nak tekankan disini, renung-renungkan lah kedudukan kita di hukum yang mana. Apakah kita sudah sampai keadaan wajib berkahwin?atau sekadar harus? atau kategori haram? Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci antara seorang lelaki dan wanita untuk menghalalkan perhubungan antara keduanya. Janganlah kita cemari ikatan ini dek kerana nafsu semata-mata. Perkahwinan semata-mata kerana nafsu tak akan kekal lama, walaupun kekal tapi tak bahagia.
Ingatlah perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah cerai. Hadis pun ada meriwayatkan tiang arasy akan bergegar setiap kali runtuhnya satu institusi kekeluargaan.

Oleh itu, be wise in making decision (: