Rabu, 20 April 2011

SMS punye angkara

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...



*********************************************************



20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...so hati2 wahai WANITA...

reminder to you and me.

By: Ber"couple" itu Haram.

Isnin, 7 Mac 2011

hr sab2 bru niey,adew stu kejadian yg x dpt ak lupakan..ak perlu byr rm200..ak bengang dgn mslah yg menimpa ak pd hr2..pd mlm 2,ak x angkat call dr sesiapa pun coz ak tgh marah..pabila rmai ngat org dail no ak,ak pun pasrah..dgn hti yg berat ak angkat jgk..dan pabila kwn ak tnyer ape mslhnyer...ak critakan semuanya...pas2 tindakan yg ak x duga ialah dia mntk no akaun bank ak untk bank-in kn duit rm2oo..mmg x percaya..walaupun org ingt,rm200 tue hnya sedikit,tp bgi ak ianya sngt bnyk..dialah kwn ak slamanya..

Rabu, 26 Januari 2011

emm..ak tengah pening untk memilih u mn yg sesuai dgn results ak yg teruk niey..6 universiti yg tertua iaitu um,uia,upsi,usm,utm,upm awal2 lgi ak dah tolak..skrg dlm kepala just ums,uum,uitm..mula2 ak mls nk pikir lgi psl u niey coz nk tunggu results lu..tp cg liana srh isi lalu upu..2 yg tgh pening giler kepala niey..emm..ak berserah jew pda ALLAH...

Isnin, 24 Januari 2011


:)
Prinsip : Keimanan & Ketakwaan kepada Ilahi

Apabila syariat Islam sudah mula dipraktikkan, menjadi tanda tanya di kalangan para remaja bagaimana seharusnya mereka lakukan terhadap pasangan masing-masing. Apakah diputuskan sahaja hubungan yang sudah terjalin? Atau kalau diteruskan bagaimana pula dengan hukuman Tuhan nanti?

Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.

Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.

Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.

Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.

Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap. Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.

Rabu, 19 Januari 2011

Mengurat dan Bercinta menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk
berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.

Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Jumaat, 7 Januari 2011

Kata-kata mutiara tentang cinta

Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka
Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.
Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)
Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.
Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)
Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib
Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
A’idh Al-Qorni
Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh islam yang semoga bisa kita ambil hikmahnya. Semoga Allah memudahkan saya untuk menambah koleksi ini dan memberikan manfaat kepada pembacanya.

Isnin, 3 Januari 2011

just read :)

Semua orang petah berbicara mengenai cinta,tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati,carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.

Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah (Riwayat Ahmad)

Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,otak mengawalnya.Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup,nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya.Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka.

Untuk saling memahami,seseorang perlu meluahkan rasa hati.Silapnya,kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa,fikiran,perasaan,tingkah laku,hasrat dan keputusan antara mereka.Keputusan sepakat membawa berkat.

Pasangan yang tidak ada rasa sepakat,tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan.Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif.Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami.

Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan.Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,kerana mereka lebih suka memendam rasa.

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang,akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya.Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.

Pasangan yang selalu hendak menang,pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis.Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi.Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas,berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah,itu adalah sebaik-baik pengharapan.

Cintailah siapa yang kamu cintai,tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya,tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya

Sabtu, 1 Januari 2011

ak kembali...

well dah lame ak x tulis blog..ekpun busy jew mnjang..ha5...thn bru sdh menjelma so kne la pasang niat dan azam yg bru...bnyk btul azam ak thn niey...x terbilang rasenyer..ha6

selamat tahun baru kepada semua teman2 ku

Rabu, 8 Disember 2010

just 4 you

There’s no one like you,

even if I look around it’s just like that,

where else to look for?
A good person like you,

with a good heart like you,

a gift as great as you
How lucky that I’m the person who will try his hard to protect you,

where else to look for?
A happy girl like me,

the girl with the happiest smile like me

Your two warm hands gets cold when I’m cold
Your heart that used to be strong becomes sensitive when I’m hurt
Take my hands silently,

hold me silently,

I’m only wishing for such little comforts
You don’t know my heart that wanted to do more just for you

Call out my heart,

free my soul
It always felt like the first time,

these remaining days are more than the time that I came to love you

When my greedy heart gradually search to other directions
When my mind can’t handle whenever my greed grow even more
I know all those reasons that clearly says that you’re here,

it’s the only one
I’m always thankful.

I could do better as you do

You know, I’m a little bit shy sometimes,

you don’t know but you’re burning like the sun,

please understand my feeling
Even those guys that appears on TV shows are sparkling,

you’re always be the one in my eyes (I’m going crazy crazy Baby)
Hearing you tell me that you love me,

I have everything in this world,

You & I, You’re so fine,

is there someone like you?
I love you

Oh, please know it,

to me there’s only you,

that I stupidly see you as my everything

We arrived on the same road,

we’re just the same,

how surprising,

how grateful,

it’s love

Ahad, 7 November 2010

cerita cinta | Sebuah bunga kenangan


Siang itu sebuah awan gelap menutupi sinar mentari yang ingin berbagi keceriaanya.Terlihat di ujung pandangan seorang lelaki yang menyendiri dan menulis di kertas kecilnya. Sebut saja nama lelaki itu adalah abi...


Pencil yang berwarna biru menari-menari diatas kertas kosong dan menghasilkan gambar sesosok wanita yang cantik, disebelah gambar itu tertulis nama "andin". Ketika abi sedang asyiknya melukiskan apa yang dirasakannya, tiba-tiba seorang teman datang menghampirinya, "lagi apa lo sob?", tanya seorang teman yang bernama rudi. Tapi abi tak menjawab dan hanya menggerakkan jadinya diatas kertas itu. Rudi bingung melihat sobatnya tak seperti biasanya. "Kenapa lo?", tanya rudi lagi. Dari diam seribu bahasa, akhirnya abi menjawab pertanyaan rudi dengan kata-kata yang sangat singkat, "ga ada apa-apa sob". Mendengar jawaban dari abi, rudi langsung terdiam dan mencoba untuk mencari tahu apa yang di pikirkan oleh abi, dia pun lalu melihat sebuah kertas kecil milik abi, "ou jadi si andin yang buat lo kaya' gini". Abi lalu melihat ke arah rudi, "bukan-bukan dia, tapi gua sendiri yang buat gua kaya' gini", jawab abi.

Hari semakin gelap, perhalan rintik-rintik air kecil jatuh ke bumi dan membasahi tanah dan rerumputan yang sudah mengering. Tak ada satupun orang yang terlihat di halaman kampus itu, tapi masih terdengar suara riuh dan ramai di dalam ruangan-ruangannya. Terlebih lagi sebuah ruangan yang menjadi markas dari anak-anak pecinta alam. "Haahaahahaha...jadi si cupu itu nembak lo andin? ga nyadar diri apa dia!!!", "Hus lo jangan ngomong gitu donk Lus, ntar si andin ngambek lagi gebetannya dihina huahauahua!!!". Begitu kata-kata teman andin kepada andin yang bernama ratih dan lusi, begitu bahagianya mereka menghina sahabat mereka sendiri, yaitu andin. Andin kemudian menjawab kata-kata mereka, "Pd bener tuh si cupu!!!, ga ngaca dia!!!", jawab andin. Wah ternyata andin juga tak jauh berbeda dengan teman-temannya. Memang siapa yang mereka katakan cupu?, mungkin itu yang kita pikirkan, tiba-tiba mereka berkata lagi "eh lihat tuh si cupu datang!!!", kata teman-teman andin ketika melihat abi menghampiri andin. Ou jadi abi yang mereka maksud dengan sicupu!!!.

"Andin aku butuh ngomong ama kamu, aku mau kamu...", kata abi dengan sopan kepada andin. Tapi andin malah memotong perkataan abi dengan sombongnya "mau apa lo kesini, lo tu buat malu gua tahu ga!!!, ga ngaca apa lo!!! tampang lo mines kaya gitu!!!". Abi terkejut mendengar perkataan andin, dan lalu menjawab kata-kata yang sangat menyakitkan dari andin, "aku tahu mungkin aku ga pantas buat kamu, tapi kamu harus tahu, kalau aku sangat menyaangi kamu, lebih daripada sayangku kepada diriku sendiri". "Haahahahaha....!!! sok pujangga lo!!!, yuk ah ndin kita pergi aja, daripada ngedengar omongan sicupu ini!!!", kata lusi. Mereka lalu pergi meninggalkan abi yang hanya terdiam dengan sebuah kertas yang telah digambarnya berada di tanggannya.

Malam itu keheningan dan sepi dirasakan oleh abi, tak ada seorang pun yang mengerti apa dirasakannya, termasuk nyanyian jangkrik yang seakan menghina dirinya seperti yang dilakukan andin dan teman-temannya. Hanya cahaya rembulan yang redup mencoba untuk menghibur kesunyian abi, sinarnya seakan membatu abi menulis di kertas kecilnya. Ya memang abi selalu mencurahkan isi hatinya pada sebuah kertas kecil itu, seakan hanya kertas itulah tempatnya berbagi.

Esok hari mentari begitu cerahnya menerangi angkasa, suasana terlihat begitu bahagianya di kampus itu, tapi tidak dengan abi yang selalu terdiam sendiri semenjak dia menyatakan perasaannya kepada andin. Namun abi tak seakan tak pernah putus asa, dia lalu mendatangi andin lagi. Perlahan ia melangkahkan kakinya untuk menemui seorang yang sangat dicintainya, matanya seakan terus mencari dan melihat keberadaan andin, hingga akhirnya ia melihat andin sedang bercanda gurau dengan teman-temannya.

"Hai ndin,...maaf aku nganggu kamu lagi...", kata abi. Tapi lagi-lagi mereka menjawab dengan sombongnya, "mau apa lo kesini lagi!!! dasar ga punya malu lo ya!!!, eh lo kalau lo benar suka ama andin, lo harus buktiin ke kita-kita!!!, kata ratih. "Emang gimana cara aku buktiin kalau aku benar-benar sayang ke andin?", jawab abi. "Lo bisa ga ngambil bunga kesukaan andin?, kaya'nya lo ga bisa deh...lo kan cupu!!!", tanya ratih lagi dengan ketus. "Apa bunga yang kamu suka ndin?", tanya abi kepada andin. "Bunganya tu edelwis, tapi harus yang dari tempatnya!!! bisa ga?!!!", kata lusi dengan sombongnya. "Benar kamu suka edelwis?", tanya abi lagi kepada andin. Andin hanya menjawab pertanyaan abi dengan senyum di wajahnya. Entah apa arti dari senyum itu, apakah sebuah senyum yang tulus atau kemunafikan.

Abi seakan senang dengan tantangan dari andin dan teman-temannya itu, ia lalu pergi menemui rudi. Dan dia menceritakan apa yang dikatakan andin dan teman-temannya kepadanya, mendengar hal ini rudi sangat terkejut dna berkata "wah gila lo sob, ampe segitunya banget...cewekkan ga cuma dia doank, lagian lo kan belum pernah daki gunung, kita ga tahu keadaannya gimana". "Gua mohon sob, ga ada lagi orang yang bisa bantu gua", kata abi. Rudi lalu terdiam sesaat, dan kemudian berkata, "hmmm...ok karena lo yang minta, tapi sekali ni aja ya". Terlihat senyum di wajah abi, pertanda ia sangat bahagia mendengar jawaban dari rudi. "Kapan kita berangkat?, tanya rudi. "Besok aja haahahah....", jawab abi. "Gila lo hehehehe...", kata rudi.

Sementara itu di tempat andin dan teman-temannya, terdengar tawa yang begitu kerasnya..."hahahaha....mana mungkin si cupu itu bisa ngambil bunga edelwis", "tapi gimana kalau bisa?", kata andin. "Ya berarti lo harus pacaran ama dia donk hahahhaa!!!!", sindir ratih. Ketika mereka sedang asyiknya tertawa, tiba-tiba lusi mendatangi mereka dan langsung berkata "eh teman-teman, tadi gua dengar kabar kalau abi dan temannya bakal berangkat ngambil bunga edelwis, wah berani juga gebetan lo din haahahaha", kata lusi sambil tertawa. "Gua yakin dia ga bakal bisa...", kata andin menjawab perkataan teman-temannya sambil tersenyum kecil.

Hari-hari berlalu, sudah harmpir 5 hari semenjak abi dan rudi pergi mengambil edelwis. Tidak ada lagi seorang lelaki yang menggangu andin, begitu yang dipikirkannya, mungkin ia merasa tenang dengan tantangan yang diberikannya kepada abi, sehingga membuat abi tak lagi mendatanginya. "Eh gimana kabar kebetan lo ndin?", tanya lusi. "Iya nih, dah lima hari, kaya'nya dia gagal...mana mungkin dia bisa ngambil bunga edelwis, dia belum pernah daki gunung kan!!", balas ratih. Tapi tiba-tiba mereka melihat rudi sedang berjalan ke arah mereka. "wah guys tu sobatnya si cupu,,,kaya'nya dia kesini", kata ratih. Rudi berjalan dengan perlahan mendekati andin dan teman-temannya.

"Mana sobat lo sicupu?", kata ratih dengan tawanya. "Eh diam lo, gua ga butuh ngomong ama lo, gua cuma mau ngomong ama andin", jawab rudi. "Eh lo jangan ketus gitu ya...emang benar kok teman gua, mana sobat lo si abi cupu!!?", balas andin.
"Wah ternyata dugaan gua benar, lo tu sama sekali ga cocok buat teman gua!!!", jawab rudi. "Eh lo suruh sobat lo ngaca ya!!!, tampang minus gitu sok amat!!!", kata andin lagi. Ketika mereka sibuk beradu kata, rudi lalu menunjukkan sebuah bunga kepada andin. "Nih bunga yang lo minta, jangan kira abi ga bisa ngambilnya, lo harusnya bangga punya seorang yang benar-benar sayang ke diri lo!!!, lo pikir teman-teman lo ini lebih baik dari abi?, asal lo tahu mereka ngomongin lo dibelakang", kata rudi dengan marah.

Teman-teman andin lalu terdiam, dan seakan malu dan langsung meninggalkan andin dan rudi. Andin pun terkejut melihat tingkah teman-temannya itu, dan lalu berkata lagi kepada rudi, "maafin gua, tapi gua benar-benar ga ada niat untuk nyakitin abi". Rudi lalu menjawab kata-kata andin, "mending lo minta maaf aja langsung ke abi", kata rudi dengan mata yang berkaca-kaca. "Mana abi, gua mau ngomong ama dia", tanya andin. Rudi terdiam sesaat dan perlahan air mata jatuh dari matanya yang berkaca-kaca, lalu ia berkata dengan bibir yang bergetar "lo dah terlambat din, cuma bunga ini yang dititipkan abi ke gua sebelum...". Tapi andin langsung memotong perkataan rudi, "emang abi kenapa?",..."Abi...abi...", kata rudi yang lalu terdiam. "Abi kenapa!!!!?", kata andin sambil berteriak. "Abi kecelakaan ketika kami akan turun gunung, dan abi ga tertolong...gua tahu lo ga suka ama abi, gua mohon maafin kesalahan dia, dan tolong terima bunga ini, lo tahu,,,abi bahagia banget ketika bawa bunga ini, cuma bunga ini yang dipikirkannya, dan cuma lo nama terakhir yang diucapkannya ketika nafas terakhirnya...", kata rudi sambil menangis.

Andin hanya terdiam, dan terdiam. Terlihat tetesan air mata jatuh bagaikan bersayap dari matanya. Apakah andin menyesali apa yang telah dilakukannya?,,,dan apakah andin merasakan kehilangan seorang yang benar-benar menyayanginya?..."Maafin aku abi", kata andin sambil mencium sebuah bunga kenangan itu.


The end...

Rabu, 20 Oktober 2010

kata2 hikmat

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Khamis, 23 September 2010

assalamualaikum

adoii..lme giler ak x tulis blog..niey smua sbb ak busy dgn exam...pas2 online pun cme hri jumaat..so bnyk bndew ak x tau..hri niey mmg ak terkejut n happy...miss anna,cg dr luar negara yg dtg mngajar kat sek ak dah bertunang...x lma lgi dah nk kawin..confirm ank comel2 coz miss anna ak mmg comel..mcm barbie..6ti ak upload gmbr miss anna....mmg lme ak x jmpew dgn miss anna..x slp ak dkt 3thn..dulu still lgi contact..mse 2 kitaorg x busy..skrg miss anna dah jdi wartawan..so mmg ah busy..biler la ak boleh jmpa blk dgn miss anna..rindu giler ak kt dia..ak hrp dia pilih honeymoon kat malaysia..blh ak pi jumpa..he5

anyway,hri niey mmg ak letih sngt..adew majlis smbutan hri raya..klu nk dikata kn thn niey x semeriah thn lps..wlau apa2 pun,kitaorg enjoy coz thn niey la last kitaorg jumpa..thn dpn,smua dah menuju ke arah berlainan..msing2 dgn arah msg2..kenangan dgn kwn2 x kn luput di ingatan..thanks

Isnin, 6 September 2010

dorm 25



ahli bilik yg sporting..

Sabtu, 4 September 2010

Selasa, 17 Ogos 2010

sad..sad...

hr niey mmg ak sedih sngt...ak x dpt jwb pun ujian lisan...sdh sngt...apew yg patut ak lakukan???hr khamis niey dah trial...ak x bersedia lgi..ak takut result ak akn menurun...anyway doakan yg terbaik untk ak yea..slmt berbuka puasa to all

Jumaat, 13 Ogos 2010

nasib yg menimpa ak

sudah lme ak nk mkn murtabak..sblm pose lgi...so smlm ak bawak la moto pgi bazar ramadhan kat pengadang baru...sesak giler kat ngadang bru..pelbagai bau yg adew..ak doh la pathens x suke pegi tmpat rmai org..lps hajat ak nk beli murtabak dah tercapai,ak pun trus pulang...mse kat traffic light desa murni,adew la pok cik tua niey kuar dr tepi van n melintas...ak yg tgh bwk moto niey terkejut n terlanggar lar...ak pun jatuh dr motor..yg ak naik geram,pok cik niey trs jew lari lps kne..bkn nk tolong angkat ak k apew k...geram tul ak...mmg ah yea x jd apew2 coz ak bwk slow,tp tngan kiri ak yg skit..2 x campur lgi dgn moto ak..adew calar x tau...so ak nk pesan la..tgk2 gop kiri kanan dulu sblm nk melintas..mujur x jd apew2..

Khamis, 12 Ogos 2010

assalamualaikum

salam ramadhan to all of muslim in the earth...hope this year we can be a great muslim

Jumaat, 6 Ogos 2010

bace la..best sngt

"Siti Syazwani.Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya... All the bestin everything you do... Jaga diri & iman baik-baik ya~...-Amin, UK -"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak,tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni... Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.Adakah dia sudah ....? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ....Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas.Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster.Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat.Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asardi Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku kerumah saudaraku...
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan merekakat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple'yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala , kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm... Islamik sikit lah pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk...Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Akutahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini.Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itupun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar."Esok free tak? Boleh kita chatting?""Boleh...Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wishbirthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku."Ok. thank you..." balasnya pula.Keesokannya. Aku menanti awal dia online.'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.Oh, tepat sungguh waktunya...Amin: assalamualaikum wbt.Wani: ...Amin: apa khabar? sihat? iman baik?Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?Amin: alhamdulilah... baik2 juga... iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni... tapi tak mengapa, ok saja semuaWani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...Amin: ... tak balik. banyak kerja sikit tahun ni... lagi pun saya nak try bekerja... cari duit...Wani: wah, rajinnya... baguslah!Amin: hurm...Amin: study macam mana?Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.Amin: oic...Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya...Amin: hurm...Wani: apa dia? tanya lah... sila2..Amin: 1st of all sorry dulu ye... hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?Wani:erh... macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'... taklebih daripada tu... tapi, special sikit... tiada couple-couple macam orglain... declare pun tak kan ?Wani: so, statusnya kawan saja lah...Amin: hurm........Wani: erh, tak betul ke?Amin:hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja... yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya...Wani: jadi...Amin: saya rasa kita harus stop... stop untuk berpisah...Amin: sebab......Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru...Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku...Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'...Amin: huh...Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai... tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat...Amin: kononya Islamik...Amin:saya rasa cara ni tak betul... kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam... then, org nampak Islamik...Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..Amin: hurm.....Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah...Amin: demi menjaga diri...& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi...Amin: sorry... sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat...Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya...Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan...
Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi... Air mata jahiliyahku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi...
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah danterima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat kupohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan.Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa...
Cinta hakiki hanyalah pada Allah...
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka.Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas....Wani: thanks & sorry too... saya terima... Alhamdulillah...Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana . doakan saya juga.Wani: wassalam.Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali,saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi... Astaghfirullah. . Syukur pada Mu yaAllah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
"Sayang...Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunankisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
"Ya bang, Wani turun..."
Alhamdulillah...Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah.Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'BeliaNegara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.
cinta itu perlu..tetapi setiap keperluan itu pasti ada batasnya...