Jumaat, 6 Januari 2012

seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,

seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,

seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
...
seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

••► Tahukah kau wahai Adam ,
Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?

Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .

Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .

Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .

Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu .

Damaikanlah ombak di hatimu ,
kerana ianya lumrah ujian . .
Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintaMu padaNya ,
tekadkanlah janji di hati . .
"Telah Kupilih JalanMu . . dan aku sebenar-benar yakin , cinta ini tidak akan pernah dikecewakan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan