Selasa, 6 Mac 2012

Jiwa Sempit Tatkala Berpaling Daripada Allah

Bukan mudah mahu menjadi hamba yang sentiasa taat. Tidak terlalai dan terjebak dengan maksiat. Iman yang adakala naik dan adakala turun ini seringkali menjadikan manusia rebah dan tergelincir meskipun berulangkali memasang azam tekad untuk menjadi kuat.

Lumrah kelemahan itu tidak sewajarnya menjadikan kita merasa jemu apatah lagi berputus asa.
...
Lumrah itu sepatutnya menjadikan kita mahu menjadi terus kuat, kuat dan kuat.

Apa yang tercela daripada kelemahan tersebut adalah sikap mahu berputus asa dan berhenti dari bersangka baik denganAllah. Ini biasa berlaku dalam kehidupan manusia. Salah sekali, bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi. Kemudian terjebak sekali lagi, bertaubat lagi dan berazam lagi, namun kemudian terus terjadi dan terjadi.

Sampai satu peringkat, kita merasa tidak yakin lagi dengan diri sendiri. Kita mengira, kiranya kita bertaubat sekalipun, tentu kita akan mengulangi juga kesalahan tersebut. Maka kita bertangguh-tangguh untuk melakukan taubat.

Sebenarnya, di ketika yang sama, kita bukan sahaja tidak yakin dengan diri sendiri atau berkurang keyakinan kepada rahmat Allah, bahkan sebenarnya kita sedang diheret syaitan sedikit demi sedikit ke arah satu bentuk keselesaan. Ya, kita menjadi ‘selesa’ dengan kesalahan demi kesalahan, berpunca dari alasan pertama iaitu tangguhkan taubat.

Inilah suatu peringkat yang malang dalam kehidupan manusia.

Mereka kehilangan tempat bergantung dan tempat berharap. Walhal, Allah tidak pernah meninggalkan mereka.

Mereka merasakan diri mereka teruk dan paling dahsyat. Walhal, pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk mereka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan