Selasa, 29 Mei 2012

wanita solehah vs wanita fasik

Jatuh cinta, perbezaan perempuan fasik dan perempuan solehah

Allah SWT berfirman : أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا ۚ لَا يَسْتَوُونَ 'Apakah sama orang-orang yang beriman itu dengan orang-orang yang fasik? Mereka tidaklah sama.' [As-Sajdah:18] Fasik bermaksud orang yang suka melanggar perintah Allah SWT secara berterusan. 

Perempuan yang fasik akan jatuh cinta kepada lelaki yang ...kacak, lelaki yang pandai mengurat dan memikat dirinya. Ada pula sebahagiannya suka lelaki yang pandai berjenaka, kelakar dan ada ciri-ciri 'humor' serta pandai melayan dan selalu membuatnya gembira. Ada pula perempuan yang suka lelaki yang pandai memuji dan bermain bahasa lagi puitis, bersajak dan bersastera. Biasanya penampilan lelaki yang disukai ialah jenis ranggi, lelaki yang 'update' dengan fesyen semasa dan bergaya maskulin serta kelihatan 'macho'. 

Manakala perempuan yang beriman, mereka akan jatuh cinta kepada lelaki yang berusaha menjaga diri dari perkara yang haram, lelaki yang berjuang untuk agama, lelaki yang taat kepada Allah dan Rasul, lelaki yang mengikut sunnah dan lelaki yang berjihad di jalan Allah SWT. Mereka suka lelaki yang berpenampilan seperti berjanggut, lelaki yang berpakaian sopan dan beradab, lelaki yang berakhlak serta berwawasan untuk Islam. Semakin lelaki itu tawadhuk dan tegas terhadap syariat Allah semakin disukai oleh mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan