Ahad, 22 April 2012

kahwin paksa???

KAHWIN PAKSA?

Pertanyaan.
Adakah boleh bagi seorang ayah memaksa anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya?

Jawaban.
Seorang ayah tidak mempunyai hak untuk memaksa anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya, melainkan perlu mendapatkan keizinannya. Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Wanita janda tidak boleh dinikahkan sebelum diminta pendapatnya, dan wanita gadis tidak boleh dinikahkan sebelum meminta izin daripadanya. Para sahabat bertanya, 'Ya Rasulullah, bagaimana izinnya ?” Beliau menjawab : “Ia diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain baginda s.a.w bersabda: “Dan izinnya adalah diamnya.”

Dan dalam riwayat lain lagi:

"Dan perempuan gadis itu dimintai izin oleh ayahnya mengenai dirinya, dan izinnya adalah diamnya.”

Adalah kewajipan seorang ayah meminta izin kepada anak perempuannya apabila dia telah berusia sembilan tahun ke atas. Begitu juga, para wali tidak boleh menikahkan anak perempuannya kecuali dengan mendapat izin daripada mereka. Inilah yang menjadi kewajipan semua pihak; barangsiapa yang mengahwinkankan anak perempuannya tanpa izinya anak perempuan tersebut, maka nikahnya adalah tidak sah, sebab diantara syarat nikah adalah kesukaan (keredhaan) daripada keduanya (lelaki dan perempuan).

Maka apabila dia dikahwinkan tanpa keredhaan daripadanya, tetapi sebab dipaksa dengan ancaman berat atau hukuman fizikal, maka perkahwinan tersebut adalah tidak sah; kecuali paksaan ayah terhadap anak perempuannya yang berusia kurang daripada sembilan tahun, maka itu boleh, dengan alasan Rasulullah s.a.w menikahi Aisyah r.anha tanpa izin daripadanya yang pada saat itu Aisyah r.anha masih berumur kurang dari sembilan tahun, sebagaimana dijelaskan dalam hadits Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim.

Adapun jika dia telah berusia sembilan tahun ke atas maka tidak boleh dikahwinkan kecuali mendapat keizinan daripadanya, walaupun yang akan mengahwinkannya itu adalah ayahnya sendiri. Manakala, bagi pihak lelaki (calon suami) pula apabila dia mengetahui bahawa perempuan yang dia inginkan tidak suka untuk berkahwin dengannya, maka janganlah dia terus maju untuk mengahwininya, meskipun ayah perempuan tersebut bersikap penuh tolak ansur kepadanya.

Seorang lelaki hendaklah selalu bertaqwa kepada Allah s.w.t dan tidak maju untuk mengahwini perempuan yang tidak sudi berkahwin dengannya dirinya, sekalipun ayah perempuan tersebut mengaku tidak melakukan paksaan ke atas anaknya. Dia perlu dan wajib berwaspada terhadap perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t, kerana Rasulullah s.a.w telah memerintahkan agar meminta izin terlebih dahulu kepada perempuan yang diinginkan.

Dan saya berpesan kepada perempuan yang dilamar agar selalu bertaqwa kepada Allah s.w.t dan setuju dengan keinginan ayahnya untuk menikahkannya jika lelaki yang melamarnya adalah lelaki ta'at beragama dan baik akhlaknya, kerana pernikahan itu menyimpan banyak kebaikan dan maslahat yang sangat besar, sedangkan hidup membujang itu banyak mengandung bahaya.

Olahan semula daripada fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz.

Wallahu ‘alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan