Khamis, 12 April 2012

poligami:persoalan???

Soalan: Mengapa ramai wanita saat ini tidak suka pasangannya berpoligami?

Jawapan: Ada banyak faktor berlakunya keadaan ini. Antaranya:

1. Terpengaruh dengan filem-filem cinta yang menunjukkan cinta sejati itu adalah 1 suami 1 isteri sahaja. Tiada yang kedua atau ketiga. Ini adalah kenyataan yang tidak benar. Saya katakan,

"Cinta sejati tidak semestinya, 1 suami 1 isteri."

Kalau cinta sejati
itu 1 suami 1 isteri, bagaimana pula cinta Rasulullah s.a.w terhadap isteri-isterinya, apakah cinta baginda s.a.w tidak sejati kerana banyak isteri?

2. Masyarakat kita sudah lama ditanamkan semenjak kecil, bahawa poligami adalah sesuatu yang kurang menarik, menyakitkan penuh dengan kekecewaan dan ketidak adilan. Saya kira, ini boleh dikatakan masyarakat kita sudah terpengaruh dengan dakyah golongan kafir, sehingga mereka memandang poligami yang merupakan ajaran Islam sebagai tidak baik.

Saya pernah baca satu artikel berkenaan sebuah negara (tidak ingat sudah negara mana), dimana masyarakatnya memandang poligami sebagai sesuatu yang baik. Dalam masyarakat itu, isteri akan bersedih dan bimbang apabila si suami hanya mempunyai satu isteri sahaja.

Masalahnya, bukan poligami, tetapi cara kita memandang poligami yang perlu diubah. Kalau kita awal-awal sudah anggap sesuatu itu buruk, memang akan jadi buruk dan negatif. Cuba kita berfikiran positif, insya' ALLAH ianya akan baik-baik saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan