Assalamualaikum..
Lama benor aku x menulis blog ni..hahaha...x dok masa ekpun..bnyk bnde yang perlu di uruskan..well,hari ni ak nak kongsi lar sikit2 tntg bajet tunang..mesti semua pening oks bnde nape yg perlu ad time majlis kan?? Hhehe..meh nok cite bajet ak..khas untk org ganu..semua org nok yg terbaik kn untk majlis?? Sama jgk dgn ak..tp berpada2..lagi susah bile tiada org tua..semua bnde ak kene setle sndri..nok puaskan hati org,,mmg susah..well ni bajet time mjlis ak bru ni..
Pelamin simple ak ambk dgn kat ros..harga dia rm250 paling murah ak jumpa..ehehe..dgn bertemakan biru+kuning nmpak lbh grand..haha..semua org ingt mahal siap kate mcm mjlis kawen..ak xkisah apa org kata asalkan murah..hahaa..
Baju??ak pakai mana yg ada jew..mujur ad baju wrna kuning yg ak beli dri butik an-nur hri tu..harga dia rm150..baju raya boleh jdi baju tunang..asalkan jimat...hahaha..boleh pakai untk g mana2..xyah membazir beli baju baru..hehe
Tudung pulak ak beli dgn uswah..halfmoon wrna biru bidang 60..harga dia rm35 klu xsilap..semuanya brg yg dah ad..pakai mix n match jew...hehehe..
Veil plk ak beli dgn kwn ak..rm50 termasuk tudung..tp tudung tu ak x guna..sbb ak dah guna tudung lain..hehe
Hok ni semua org pikir kan?? Make up?? Ak x sewa pun..kwn ak jew yg jdi mak andam..setakat gincu sikit..bedak sikit..dah ok..hehe..ak mmg x pkai bnde alah ni,,tp sbb mjlis skali skala,,pkai je lar wat alas..biar nampak seri sikit..heheh.."org tua" pun xbg upah makeup..buat biasa2 jew..
Hantaran?? 7 vs 7..mmg org rase pelik tp bgi ak,,ak xnk berlaku unfair antra pihak laki n puan..time mjlis tu ak bgi kt tunang ak: coklat,kek,buah,baju kemeja,baju melayu untk mjlis kawen,cincin,tuala pertunangan...pihak laki pula: kek secret resepi,2 bntuk cincin iaitu cncin merisik n cincin tunang,tuala,buah,baju kurung,tapak sireh,sejadah..
Makanan ak tempah dgn katering sbb xde org nk buat..pas2 ak mls nk mnyusahkan kt org lain..ak tmpah dgn mashitah katering@ mok su..mmg mudah..sbb dia akan hntr n dia yg akan basuh pinggang n cawan..kami just makan jew..makanan semua berpuas hati..hehehe..tujuan ak,untk memperkenalkan makanan ganu kt kuarga tunangku..alhamdulillah lar ak ad duit sikit2..boleh lar buat majlis ni..hehe..jemputan ak sbnyk 60 org..ak xajak org luar pun..xdew bajet..hehe..yg ni ak jemput mak saudara,pak saudara sebelah mak n ayah..sebelah pihak laki dtg dgn 1 van, 2 kereta..jadi rm8 × 60= rm480
kesimpulannya...majlis pertunangan aku ni dok lari bajet ahh..sbb bajet ak rm1k je..alhamdulillah,majlis pun berjalan lancar..dan keluarga tunangku sngt membantu serta tidak lupa kpd keluarga ak n kwan terdekatku kerna sanggup dtg awal untuk membantu mengubah hntrn serta tolong hias ak time tu..hehe..mekasih bnyk2..
Lupa plk nak ckp...brg2 hntrn tu,kami beli sikit2..ad duit lebih,beli..bru x rasa terbeban bile nok dekat majlis doh..senang klu kita beli awal2..senangkan?? Hehehe..ak rasa ad lagi org yg lebih simple kot..ketiadaan org tua,,amat membuatkan kita berdikari..klu ikutkan mmg nok buat simple sngt..tp sebab tunangku tu berlainan negeri,,so kene jaga jgk hati kedua2 belah pihak kn..alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yg dirancang :)
Sabtu, 22 November 2014
Khamis, 28 Mac 2013
^^
ya rabbi
akhirnya kutemukan juga dia yg akan mnjadi penglipur lara
dia yg mnjadi pngubat duka
dia yg mnjadi penenteram jiwa
untuk diriku ^^

Selasa, 1 Januari 2013
new life new segalanya
happy new year!!!!
1/1/2013 (12 am)
permulaan tahun baru ak adalah Am..jgn slh fhm ya..mksd ak,suara dia yg mnjadi permulaan tahun baru..yealar,bergayut dgn dia smpai kul 2pg kot..pagi td pun,suara dia yg pertama ku dengar slps mata ini terbuka...(klu dia x call,confirm x bngn ag..hak3)..
mcm biasa,lps myg confirm tido blk..hahaha..mmg x bgs tp dah jadi tabiat...skali lagi,tidoku di kacau...kali niey,si Ru..ak dgn dia lngsung x dew rahsia..wlupun dia niey tua dr ak 3tahun,tp perangai mcm bdk2..lngsung x matang..mula2 ak ingt dia niey adeq sbb muka mcm bdk2..so ak bhasa diri ak kak n dia adeq..tp lps tue baru ak tau dia niey tua dr ak..tp pnggilan itu tetap di gunakan smpai skrg..kdg2 ckp dgn dia mmg mnyakitkan hati tp kdg2 jd terhibur..adeq ak hok sorg niey mmg giler2 cikit prngai..cakap dgn dia lngsung x berlapit..pkai redah jew..hahaha..otak giler2 VS giler2 jgk,mmg ngam jd kawan..
ukhti sa',org pertama yg msg untuk tahun ini..dan memberikan khabar gembira untk ku..ak doakan yg terbaek untuk exam n semoga mndpt jodoh yg terbaek.. ^^

Isnin, 31 Disember 2012
hidupku
ku ingin meninggalkan hidupku yg entah apew2..biarlah tahun 2013 menjadi tahun yg istimewa untuk ku..hnya tnggl brape jam jew lagi,2012 akan mnjadi kenangan,kenangan yg ak betul2 ingin lupakan..ku mengharapkan sinar itu untk 2013..kpd semua,trima ksih kerna prnh muncul dlm hidupku..wlupun adew perit,ada gembira namun ia merupakan satu pembelajaran dalam diri ini..arigato..sayonara
Ahad, 18 November 2012
Sabtu, 3 November 2012
Rabu, 17 Oktober 2012
Rabu, 29 Ogos 2012
••• Penyalahgunaan Tudung Zaman Kini •••
••► Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
••► Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala te
rmasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
••► Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
••► Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.
••► Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
••► Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi
Jumaat, 13 Julai 2012
hukum perkahwinan
Hukum perkahwinan ada 5
1) Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar dan mampu nafkah kepada bakal isterinya.
2) Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
3) Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
4) Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
5) Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Apa yang saya nak tekankan disini, renung-renungkan lah kedudukan kita di hukum yang mana. Apakah kita sudah sampai keadaan wajib berkahwin?atau sekadar harus? atau kategori haram? Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci antara seorang lelaki dan wanita untuk menghalalkan perhubungan antara keduanya. Janganlah kita cemari ikatan ini dek kerana nafsu semata-mata. Perkahwinan semata-mata kerana nafsu tak akan kekal lama, walaupun kekal tapi tak bahagia.
Ingatlah perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah cerai. Hadis pun ada meriwayatkan tiang arasy akan bergegar setiap kali runtuhnya satu institusi kekeluargaan.
Oleh itu, be wise in making decision (:

Selasa, 26 Jun 2012
sketsa zaman ini
"Awak janji tau, jangan sayangkan orang lain ye. Awak kena sayangkan kita je tau." Gadis itu beriya-riya mengharapkan kasih lelakinya.
"Ermmm." Teman lelakinya mengangguk perlahan. Dalam hatinya seperti ada sesuatu yang tersimpan.
"Awak janganlah risau, ada jodoh nanti, adalahkan?" Jawab teman lelaki acuh tak acuh.
"Tak kira, walau apapun terjadi, saya tetap sayangkan awak!" gadis itu menjawab..
Selang beberapa bulan, mereka terputus hubungan sebentar. Rupa-rupanya teman lelakinya sudah bertunang dengan gadis lain, dan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.
Si gadis itu tersentak mendengar khabar berita tersebut. Jantungnya bagai direnggut ganas. Jiwanya kosong. Jeda. Siang malam dia berendam airmata.
Sketsa seperti ini yang selalu terjadi dikalangan pemuda-pemudi sekarang. Bila bercinta bagai nak rak, segala harapan ditaburkan. Segala kelebihan diberikan. Namun akhirnya, ia hilang begitu sahaja. Hanya berteman airmata.
P/s : Elakkanlah bercinta dan menjalinkan hubungan pada sesuatu yang tidak pasti. Mahu kenal, biar ala-ala kadar sahaja, itupun jika kerana mahu berkahwin. Kalau tidak ada niat untuk berkahwin, HINDARKAN..

Sabtu, 16 Jun 2012
think before do it
ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Selasa, 29 Mei 2012
wanita solehah vs wanita fasik
Jatuh cinta, perbezaan perempuan fasik dan perempuan solehah
Allah SWT berfirman : أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا ۚ لَا يَسْتَوُونَ 'Apakah sama orang-orang yang beriman itu dengan orang-orang yang fasik? Mereka tidaklah sama.' [As-Sajdah:18] Fasik bermaksud orang yang suka melanggar perintah Allah SWT secara berterusan.
Perempuan yang fasik akan jatuh cinta kepada lelaki yang ...kacak, lelaki yang pandai mengurat dan memikat dirinya. Ada pula sebahagiannya suka lelaki yang pandai berjenaka, kelakar dan ada ciri-ciri 'humor' serta pandai melayan dan selalu membuatnya gembira. Ada pula perempuan yang suka lelaki yang pandai memuji dan bermain bahasa lagi puitis, bersajak dan bersastera. Biasanya penampilan lelaki yang disukai ialah jenis ranggi, lelaki yang 'update' dengan fesyen semasa dan bergaya maskulin serta kelihatan 'macho'.
Manakala perempuan yang beriman, mereka akan jatuh cinta kepada lelaki yang berusaha menjaga diri dari perkara yang haram, lelaki yang berjuang untuk agama, lelaki yang taat kepada Allah dan Rasul, lelaki yang mengikut sunnah dan lelaki yang berjihad di jalan Allah SWT. Mereka suka lelaki yang berpenampilan seperti berjanggut, lelaki yang berpakaian sopan dan beradab, lelaki yang berakhlak serta berwawasan untuk Islam. Semakin lelaki itu tawadhuk dan tegas terhadap syariat Allah semakin disukai oleh mereka.

Rabu, 16 Mei 2012
heart
Jangan lemah dlm mengawal hati & perasaan.Sekali kita lemah,kita akan tersungkur dan mungkin akan tersesat jauh. Jagalah hati kerana Allah ♥
tapi kalau dah lemah and x dpt nak kawal juga :) Solat ,Berzikir dan Baca Al-Quran :D carilah ketenangan dan renungkan2 kembali dan carilah jalan yang benar :D muhasabah diri

Sabtu, 5 Mei 2012
Cintailah Manusia, Tetapi Jangan Lupa Mencintai Penciptanya. ^_^
Cinta adalah perasaan fitrah yang terbit di dalam hati manusia. Ianya hadir tanpa diundang, datang tanpa dijemput dan tanpa khabar berita.
Apabila engkau mencintai seseorang janganlah engkau lupa untuk mencintai Tuhan yang menciptakannya, kerana tanpa kehendak dan kekuasaan-Nya engkau pasti tidak akan dapat bertemu dan mencintai orang yang engkau cintai itu. Bahkan, mencintai Tuhan yang mencipta itulah yang lebih utama.
Mencintai dan dicintai manusia itu sememangnya indah, tetapi cinta kepada Allah Subhnahu wa Ta'ala itu lebih indah daripada segalanya.
Dari Anas radiallahu ‘anh, katanya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Tiga perkara barang siapa yang memilikinya, maka ia akan dapat merasai manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, dan mencintai orang lain hanya karena Allah, dan tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api (neraka).” [Hadis riwayat Muslim]

Khamis, 3 Mei 2012
sekadar renungan
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)
"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

Isnin, 23 April 2012
tips menghindari di goda
TIPS MENGHINDARI DIGODA KAUM LELAKI
1. Kenakanlah pakaian yang sopan. Akan lebih baik jika selalu memakai pakaian yang selalu menutupi aurat.
2. Hindarilah memakai potongan pakaian terlalu ketat yang dengan mudah dapat memperlihatkan lekuk-lekuk tubuh.
3. Hindari juga pakaian yang sangat transparan. Agar tidak memancing nafsu lelaki yang kebetulan melihatnya.
4. Usahakan banyak menundukkan pandangan dan tidak banyak lirik sana lirik sini agar tidak terkesan jelalatan.
5. Biasakanlah menjaga lisan dan merendahkan suara ketika berbicara dengan siapapun.
6. Usahakan menjaga tingkah laku dan adab kesopanan dalam bertatakrama dengan sebaik-baiknya.
7. Jika kebetulan bersama teman-teman, hindarilah bercanda yang berlebihan. Agar tak terkesan urakan.
8. Jika ada hal yang lucu, berusahalah untuk tertawa yang tidak berlebihan. Akan lebih baik jika cukup tersenyum saja.
9. Jika kebetulan ada lelaki yang tidak dikenal sebelumnya sekedar menyapa, jawablah sapaannya dengan sopan dan penuh keramahan.
10. Jika kebetulan berbicara dengan orang yang baru dikenal, usahakanlah tidak terlalu banyak bicara. Apalagi terkesan bawel.
Jika seorang wanita berperilaku sopan dan bersikap seperti tersebut diatas, maka insya Allah lelaki yang hendak usil ataupun meremehkan akan sungkan dengan sendirinya.
Akan tetapi jika seorang wanita berperilaku sebaliknya, maka jangan heran kalau banyak lelaki yang suka menggoda dan terkesan memandang seorang wanita dengan remeh dan cenderung melecehkan..

Ahad, 22 April 2012
kahwin paksa???
KAHWIN PAKSA?
Pertanyaan.
Adakah boleh bagi seorang ayah memaksa anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya?
Jawaban.
Seorang ayah tidak mempunyai hak untuk memaksa anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya, melainkan perlu mendapatkan keizinannya. Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Wanita janda tidak boleh dinikahkan sebelum diminta pendapatnya, dan wanita gadis tidak boleh dinikahkan sebelum meminta izin daripadanya. Para sahabat bertanya, 'Ya Rasulullah, bagaimana izinnya ?” Beliau menjawab : “Ia diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain baginda s.a.w bersabda: “Dan izinnya adalah diamnya.”
Dan dalam riwayat lain lagi:
"Dan perempuan gadis itu dimintai izin oleh ayahnya mengenai dirinya, dan izinnya adalah diamnya.”
Adalah kewajipan seorang ayah meminta izin kepada anak perempuannya apabila dia telah berusia sembilan tahun ke atas. Begitu juga, para wali tidak boleh menikahkan anak perempuannya kecuali dengan mendapat izin daripada mereka. Inilah yang menjadi kewajipan semua pihak; barangsiapa yang mengahwinkankan anak perempuannya tanpa izinya anak perempuan tersebut, maka nikahnya adalah tidak sah, sebab diantara syarat nikah adalah kesukaan (keredhaan) daripada keduanya (lelaki dan perempuan).
Maka apabila dia dikahwinkan tanpa keredhaan daripadanya, tetapi sebab dipaksa dengan ancaman berat atau hukuman fizikal, maka perkahwinan tersebut adalah tidak sah; kecuali paksaan ayah terhadap anak perempuannya yang berusia kurang daripada sembilan tahun, maka itu boleh, dengan alasan Rasulullah s.a.w menikahi Aisyah r.anha tanpa izin daripadanya yang pada saat itu Aisyah r.anha masih berumur kurang dari sembilan tahun, sebagaimana dijelaskan dalam hadits Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim.
Adapun jika dia telah berusia sembilan tahun ke atas maka tidak boleh dikahwinkan kecuali mendapat keizinan daripadanya, walaupun yang akan mengahwinkannya itu adalah ayahnya sendiri. Manakala, bagi pihak lelaki (calon suami) pula apabila dia mengetahui bahawa perempuan yang dia inginkan tidak suka untuk berkahwin dengannya, maka janganlah dia terus maju untuk mengahwininya, meskipun ayah perempuan tersebut bersikap penuh tolak ansur kepadanya.
Seorang lelaki hendaklah selalu bertaqwa kepada Allah s.w.t dan tidak maju untuk mengahwini perempuan yang tidak sudi berkahwin dengannya dirinya, sekalipun ayah perempuan tersebut mengaku tidak melakukan paksaan ke atas anaknya. Dia perlu dan wajib berwaspada terhadap perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t, kerana Rasulullah s.a.w telah memerintahkan agar meminta izin terlebih dahulu kepada perempuan yang diinginkan.
Dan saya berpesan kepada perempuan yang dilamar agar selalu bertaqwa kepada Allah s.w.t dan setuju dengan keinginan ayahnya untuk menikahkannya jika lelaki yang melamarnya adalah lelaki ta'at beragama dan baik akhlaknya, kerana pernikahan itu menyimpan banyak kebaikan dan maslahat yang sangat besar, sedangkan hidup membujang itu banyak mengandung bahaya.
Olahan semula daripada fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz.
Wallahu ‘alam.

Khamis, 12 April 2012
poligami:persoalan???
Soalan: Mengapa ramai wanita saat ini tidak suka pasangannya berpoligami?
Jawapan: Ada banyak faktor berlakunya keadaan ini. Antaranya:
1. Terpengaruh dengan filem-filem cinta yang menunjukkan cinta sejati itu adalah 1 suami 1 isteri sahaja. Tiada yang kedua atau ketiga. Ini adalah kenyataan yang tidak benar. Saya katakan,
"Cinta sejati tidak semestinya, 1 suami 1 isteri."
Kalau cinta sejati
itu 1 suami 1 isteri, bagaimana pula cinta Rasulullah s.a.w terhadap isteri-isterinya, apakah cinta baginda s.a.w tidak sejati kerana banyak isteri?
2. Masyarakat kita sudah lama ditanamkan semenjak kecil, bahawa poligami adalah sesuatu yang kurang menarik, menyakitkan penuh dengan kekecewaan dan ketidak adilan. Saya kira, ini boleh dikatakan masyarakat kita sudah terpengaruh dengan dakyah golongan kafir, sehingga mereka memandang poligami yang merupakan ajaran Islam sebagai tidak baik.
Saya pernah baca satu artikel berkenaan sebuah negara (tidak ingat sudah negara mana), dimana masyarakatnya memandang poligami sebagai sesuatu yang baik. Dalam masyarakat itu, isteri akan bersedih dan bimbang apabila si suami hanya mempunyai satu isteri sahaja.
Masalahnya, bukan poligami, tetapi cara kita memandang poligami yang perlu diubah. Kalau kita awal-awal sudah anggap sesuatu itu buruk, memang akan jadi buruk dan negatif. Cuba kita berfikiran positif, insya' ALLAH ianya akan baik-baik saja.

Rabu, 4 April 2012
Jumaat, 30 Mac 2012
dari sudut htiku
>>ASSALAMUALAIKUM<<
ak tau x tau nk tulis apa sbb ak bkn minat sngt nk nulis eirrr...adop bndew nk cte sbb khdpn ak hnya di kolej.x dew apew yg best pun dgn khdpn ak..mcm biasew jew..
ak tringt blk,ayat mak saudara ak time wedding cousin ak.."Ada biler lgi??" ak tersentap dgn prsoalan tue...sbb ak msh x dew sapew2 yg special dlm khdpn ak..biler ak ckp ak SINGLE,diorg x percaya..huhuhu..ssh lar ak gniey..6ti cousin ak yg muda dr ak yg nk kawen..hr tue cousin yg sama baya dgn ak..huhuhu..confirm ak x nk blk..coz soalan yg biasew,diorg akn tnya..ak mls dah nk jwb..perlu ke ak pikir psl niey skrg??bukan muda lagi ke??

Langgan:
Catatan (Atom)